Ucapan pada diri sendiri " Selamat kembali ke dunia penulisan maya". Hahaha... Aku dah lama tak menulis. Dulu rajin juga aku menaip di blog aku. Dulu blog aku terisi hiburan semata-mata. Banyak sangat unsur-unsur hedonisme. Kenapa? Sebab aku minat dunia hiburan, gossip...
Dulu aku ada banyak masa lapang. Menonton wayang. Surfing the net. Muzik.... semua jadi ramuan harian aku. Dari situ juga aku kenal ramai kawan-kawan. Dari macam-maca aliran. Hiburan, sastera, penulisan pojok, serius dan macam-macam lagi lah. Identiti aku? Biar lah Rahsia...
Hahaha...
Lepas tu, aku tinggalkan dunia blogging untuk masa yang lama juga. Lebih kurang setahun. Semua kerana aku sudah berpindah kerja. Widen my horizon, kata orang.
Dulu aku memang tak ada banyak masa. I am too occupied with work. Aku keluar sebelum matahari terbit dan aku pulang selepas matahari tenggelam.
Letih! Memenatkan! Memang lah.. tapi aku ambil positif.
Tapi... Sekarang aku ada masa pulak? Hehe... Alah, time management sudah aku pelajari. Anggap sahaja aku dah pandai bahagikan masa aku. Antara kerja, aktiviti waktu lapang, gym dan blog.
Wahh.. lamanya ambil masa nak settle down with time? Ya.. aku akui memang agak lama. Nak buat macam mana... masa aku terlampau confine dengan kerja. Tak ada siapa yang ajar aku aturkan kerja.
Bukannya tak pandai atur masa tapi tak pandai atur kerja. Dua perkara berbeza kan? Intipatinya tak sama... Kerja dan masa... tapi Asasnya sama.. TAK PANDAI! Alah... biasa lah.. semua benda kita kena pelajari!
Ok lah! Cukup buat masa ni.
Lihatlah dunia... Aku kembali! Hhahahaha.... Lagak ayatnya...
Friday, February 8, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)