Friday, October 3, 2008

Autobots.... Transform!

Ingat tak Maddox pernah janji nak share something pasal diri Maddox?
Well, Di suatu senja... di musim yang lalu... waktu itu.. hujan turun...

Jeng... Jeng... Jeng... (Pada siapa yang tak pernah tgk Maddox selama ni)

Haaa!! Kalau kamu orang nak tau! Ini rupa Maddox tahun 2006 and 2007! Semasa tu adalah zaman kegemilangan Maddox sebab Maddox adalah antara penyumbang kejayaan Restoran Nasi Kandar Kudu kat Jalan Tuanku Abdul Rahman, Nasi Kukus kat Kafe Plaza Sentral, KL Sentral, McDonald Kota Damansara dan macam-macam tempat lagi lah...

Tapi syukur Maddox panjatkan ke hadrat Allah yang maha Esa kerana dengan limpah kurnianya kepada Maddox, kerana telah memberi peluang kepada Maddox untuk take a 360 degree turn in life...


All thank to my dear friend Joenett (ya, spelling namanya memang sebegini!).. Semua kata-kata dia yang perli kat Maddox telah Maddox ambil sebagai satu cabaran untuk cuba

Sepanjang umur Maddox, Maddox hanya tau makan, tidur, makan, tidur, makan tidur. Serius nih! Dulu, schedule Maddox macam ni :

a) Sarapan Pagi Roti Canai
b) pukul 10.00, tea break,
c) tengah hari, nasi campur,
d) pukul 3.30, tea break lagi,
e) pukul 5.00, roti canai sambil lepak dengan kengkawan tersayang
f) Dinner kat umah makan nasi lagik..

Complete wholesome meal... and in between meal pun, Maddox bantai titbits and kudap-kudapan. Itu lah cycle of eating habit Maddox, one time ago. Not proud of it but Maddox punya kolestrol level lebih dari 8848 meter ketinggian Gunung Everest. Naik tangga 2 tingkat pun Maddox dah mengah semacam.

Maddox mengaku Maddox ni kaki bangku. Maddox bukannya jenis yang kaki sport, Maddox bukannya minat sport. Maddox cuma minat tgk acara renang sebab pakai swimming suit (hmm.. does Miss World Swimming Suit Contest counts as sport?)... Selain dari tu, mmg hampeh giler.. Maddox even try to escape kelas Pendidikan Jasmani & Kesihatan masa sekolah menengah semata-mata sebab tak nak main sport. Macam-macam alasan Maddox bagi, gastrik la... tak bawak baju la... and all 1001 reasons yang a normal school kids can think of. You name it. Maddox dah fikirkan.

Maddox bukan nak brag around tapi Maddox just nak tell the whole world, we are the one who can change our own course of life. Maddox percaya, the past does determine the present but the present does not set the future. Kita yang set our own future. Its all about MIND OVER MATTER.

Alhamdulillah, berkat usaha gigih Maddox with the help of Fitness First, itu lah hasil yang Maddox dapat... kurang setahun selepas join FF. (Maddox join FF bukan 5, 2008). Tak sia-sia Maddox carbo diet makan nasi seminggu sekali aje selama 4 bulan dan makanan Maddox digantikan dengan pola makanan yang lebih berkhasiat.

Kepada sesiapa yang ingin Maddox berkongsi rahsia macam mana nak lead a healthy lifestyle (walaupun rokok Pall Mall Light 14 masih ditangan!), insha allah, Maddox sudi ajer. Bayarannya, Maddox akan invoiskan kemudian. (ahaks! Gurau aje lah!)

Aduh! Saleha...

Macam mana lamanya Aduh! Saleha nak keluar,! Macam tu jugak lah lamanya Maddox nak tulis balik blog! Hampeh kan Maddox ni? takpe..! Sabar tu kan separuh dari iman.

Pertama sekali, Maddox nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 H. Minal Aidil Wal Faizin! Maafkan Zahir & Batin kalau ada sesiapa yang Maddox pernah buat salah!

Macam mana dengan raya kalian tahun ni? Maddox punya raya ada sedikit membosankan. Entah lah! Maddox tak balik melaka pun tahun ni. Kenapa? Ada lah... Mungkin sebab keluarga yang sekarang sedikit berpecah belah kot! Argghhh! Tak perlu lah nak buka pekung didada! Ehh..Dada Maddox takde pekung. Cuma satu perumpamaan sahaja.

Maddox tak shopping raya apa pun tahun ni. Ada lah kemeja T Old Skool Clothing barang 2 helai, kemeja lengan pendek British India sehelai dan kemeja DKNY sehelai sahaja (Wahh.. Berlagak ni!). Lebihnya, tumpuan diberikan kepada rumah Maddox sahaja! Mungkin Maddox akan shopping lepas raya kot. Lagipun, banyak lagi baju-baju sedia ada Maddox yang masih chantek-chantek!

Maddox cuma jadi couch potato dirumah. Menonton Astro yang mengulang tayang beratus kali drama-drama, komedi-komedi, filem-filem, muzikal-muzikal dan macam-macam lagi lah!. Semuanya ulangan! Tak macam RTM1, RTM2, TV3 & TV9 yang menyiarkan rancangan terkini. Kenapa ek? Astro kan kaya?

Nanti Maddox tulis pasal rancangan kegemaran Maddox masa hari raya ni.

Lagi satu Maddox nak tulis is something pasal transformasi Maddox! Apa dia? Tunggu aje dalam posting seterusnya! IronBoard mesti dah dapat tau pasal apa yang Maddox nak tulis ni. Hik!

Jangan ada yang kata Maddox kerek pula dalam tulisan Maddox! Serius! Maddox bukan berlagak. Cuma ingin berkongsi my newly found love! Tunggu ya!