Friday, October 3, 2008

Aduh! Saleha...

Macam mana lamanya Aduh! Saleha nak keluar,! Macam tu jugak lah lamanya Maddox nak tulis balik blog! Hampeh kan Maddox ni? takpe..! Sabar tu kan separuh dari iman.

Pertama sekali, Maddox nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 H. Minal Aidil Wal Faizin! Maafkan Zahir & Batin kalau ada sesiapa yang Maddox pernah buat salah!

Macam mana dengan raya kalian tahun ni? Maddox punya raya ada sedikit membosankan. Entah lah! Maddox tak balik melaka pun tahun ni. Kenapa? Ada lah... Mungkin sebab keluarga yang sekarang sedikit berpecah belah kot! Argghhh! Tak perlu lah nak buka pekung didada! Ehh..Dada Maddox takde pekung. Cuma satu perumpamaan sahaja.

Maddox tak shopping raya apa pun tahun ni. Ada lah kemeja T Old Skool Clothing barang 2 helai, kemeja lengan pendek British India sehelai dan kemeja DKNY sehelai sahaja (Wahh.. Berlagak ni!). Lebihnya, tumpuan diberikan kepada rumah Maddox sahaja! Mungkin Maddox akan shopping lepas raya kot. Lagipun, banyak lagi baju-baju sedia ada Maddox yang masih chantek-chantek!

Maddox cuma jadi couch potato dirumah. Menonton Astro yang mengulang tayang beratus kali drama-drama, komedi-komedi, filem-filem, muzikal-muzikal dan macam-macam lagi lah!. Semuanya ulangan! Tak macam RTM1, RTM2, TV3 & TV9 yang menyiarkan rancangan terkini. Kenapa ek? Astro kan kaya?

Nanti Maddox tulis pasal rancangan kegemaran Maddox masa hari raya ni.

Lagi satu Maddox nak tulis is something pasal transformasi Maddox! Apa dia? Tunggu aje dalam posting seterusnya! IronBoard mesti dah dapat tau pasal apa yang Maddox nak tulis ni. Hik!

Jangan ada yang kata Maddox kerek pula dalam tulisan Maddox! Serius! Maddox bukan berlagak. Cuma ingin berkongsi my newly found love! Tunggu ya!

1 comment:

Lord Vorphalack said...

ye...ye...aku tau.
transformasi ni lah yg menggemparkan seluruh MCIS Zurich Insurance kat HQ PJ nih...!!!